Berikut adalah maklumat yang saya perolehi daripada laman web BabyCenter.
Bilakah saya boleh mula mengurangkan berat badan selepas bersalin?
Untuk memberikan sedikit masa bagi badan anda pulih daripada proses pelahiran dan kelahiran, tunggulah lebih kurang enam minggu sebelum anda berfikir mengenai menguruskan badan. Ingatlah bahawa bentuk badan anda mungkin sudah berubah selepas kehamilan, dan anda juga mungkin menghadapi kesukaran untuk kembali kepada berat badan sebelum hamil.
Anda boleh mula membuat beberapa senaman ringan seperti berjalan, senaman lantai pelvis dan regangan, sebaik sahaja anda rasa cukup bertenaga. Tetapi anda harus menunggu kira-kira enam minggu sebelum mula melakukan senaman yang lebih kuat.
Bagaimanakah saya boleh mengurangkan berat badan dengan selamat selepas bersalin?
Diet yang berkhasiat dan pelbagai akan mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin, dan membantu anda menghadapi cabaran sebagai seorang ibu baru. Samada anda memberi bayi anda susu badan atau susu formula, anda harus mensasarkan untuk mengamalkan diet yang sihat.
Panduan umum berikut dapat membantu anda mencapai dan mengekalkan berat badan yang sihat:
- jangan tinggal sarapan pagi;
- makan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari:
- sertakan banyak makanan berserat tinggi seperti oat, kekacang, lentil, bijirin dan biji-bijian dalam diet anda;
- pastikan hidangan makanan anda mengandungi makanan berkanji seperti roti, nasi dan pasta (lebih baik jika bijian penuh untuk menambah serat);
- kurangkan makanan bergoreng, makanan segera, konfeksi, kek dan minuman bergas, yang mana mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi;
- kawal saiz hidangan pada waktu makan dan jenis snek serta kekerapan anda mengambilnya di antara waktu makan.
Bagaimana jika saya menyusu badan?
Jika anda menyusu badan, anda memerlukan lebih sedikit kalori daripada ibu yang memberi susu formula.
Oleh kerana badan anda memerlukan tenaga untuk menghasilkan susu untuk bayi, anda memerlukan kira-kira 300 hingga 500 lebih kalori setiap hari. Walau bagaimanapun, sebilangan tenaga tambahan yang diperlukan ini akan diperolehi daripada simpanan lemak sedia ada. Ini bermakna, menyusu badan boleh membantu anda mengurangkan berat badan. Ini adalah cara yang selamat untuk mengurangkan berat badan dan ia tidak mengganggu kualiti atau bekalan susu anda.
Apa yang perlu saya makan semasa menyusui?
Anggap penyusuan badan sebagai motivasi berterusan untuk mengikuti diet yang sihat sepertimana yang anda ikuti semasa kehamilan. Fokus ke atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sekala adalah okay).
Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Adalah baik jika anda menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa.
Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu.
Minum banyak air untuk mengekalkan bekalan susu anda
Pastikan anda minum banyak air – lapan sehingga 12 gelas air sehari adalah mencukupi. Untuk kepelbagaian, anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman dadeh. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda.
Dapatkan zat besi yang banyak
Jika anda mengambil vitamin tambahan semasa anda hamil, anda tidak perlu mengambilnya lagi selepas kelahiran bayi anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin memerlukan zat besi tambahan.
Ramai wanita telah menggurangkan simpanan zat besi mereka semasa tahun-tahun subur mereka. Tanyalah pakar obstetrik, doktor keluarga atau GP anda untuk mendapat nasihat.
Jika anda terus mengambil vitamin tambahan, ingatlah bahawa itu tidak boleh menggantikan habit pemakanan yang tidak baik. Berusahalah untuk mengambil diet yang seimbang dan pelbagai.
Bagaimana dengan diet semasa menyusui?
Kurangkan berat badan secara perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak dengan senaman ringan. Penurunan berat badan yang cepat akan membahayakan bayi anda sebab mungkin ini membebaskan toksin - yang selalunya disimpan dalam lemak badan – ke dalam aliran darah, justeru meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan anda.
Sebagai tambahan, penyusuan juga membantu membakar lemak yang terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu. Seorang ibu yang menyusui membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusui. Ini bermakna wanita-wanita yang menyusui boleh turun berat setengah kilogram sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu.
Adalah baik menunggu 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat pra-kehamilan anda. Jika anda mahu mengurangkan sedikit pengambilan makanan anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu selepas kelahiran bayi anda. Menghadkan pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan susu anda.
Sumber asal info : Laman web BabyCenter.
Supplemen OmegaGuard Shaklee Membantu Ibu Yang Menyusukan Bayi Untuk Mengurang kan Berat Badan!
Salah satu fungsi OmegaGuard ialah untuk membakar lemak!. Oleh itu sangat membantu dalam mengurangkan berat badan. Selain daripada itu OmegaGuard sangat sesuai diambil oleh ibu yang sedang menyusukan bayi kerana boleh membantu si ibu membekalkan DHA di dalam susu ibu. DHA penting bagi perkembangan & fungsi otak bayi.
Selain daripada OmegaGuard, ibu yang menyusukan bayi juga digalakkan untuk minum ESP( (Energizing Soy Protein) ) untuk membekalkan tenaga/kalori yang kekal berjam-jam lamanya. ESP juga dikatakan dapat membantu memekatkan susu ibu disamping membantu ibu memperolehi kulit yang lebih licin, gebu dan anjal.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Tidak boleh diambil oleh wanita hamil
Selain daripada memakan suplemen di atas berikut adalah antara amalan yang bagus diamalkan oleh ibu yang menyusukan anak untuk mendapatkan bentuk badan asal:
- Kurangkan minum minuman manis.
- Banyakkan minum air kosong. Sangat bagus minum air masak 3-4 liter sehari.
- Vitamin B adalah "spark plug " dalam badan kita. Vitamin B Complex sangat penting dalam menukarkan makanan kepada tenaga. Tidak dinafikan ada sesetengah orang akan merasa cepat lapar akibat makan B complex namun ianya tidak akan membuatkan seseorang itu gemuk, seperti yang selalu dikatakan oleh orang tentang B complex. Selain daripada itu, ia membantu bagi ibu yang kurang rehat agar sentiasa bertenaga. Apabila seorang ibu itu kerap bangun malam untuk menguruskan anak serta menyusukan anaknya, secara tidak langsung ini telah mengganggu sistem badan si ibu untuk mendapatkan good sleep or quality sleep. Apabila ini berlaku, sel-sel tidak dapat berkembang dengan sihat. Inilah anatara punca mengapa ramai ibu-ibu mempunyai seorang atau dua anak sudah kelihatan lebih berusia dari umurnya.
- Pastikan makan on time….jangan skip meal. Bila kita skip meal, kita akan makan lebih banyak pada meal berikutnya dan ini sangat tidak sihat. Makan makanan yang berkhasiat setiap waktu santapan utama.
- Biasakan makan malam awal dan elakkan makan malam berat melebihi jam 9 malam. Ini kerana apabila kita lewat makan, ia akan lambat dicernakan ditambah kita tidur awal, maka ianya akan disimpan dalam tubuh dan lama kelamaan membentuk lemak.
- Amalkan makan banyak serat. Jika antara waktu makan tengahari hingga malam kita lapar, amalkan makan biskut oat dengan air atau buah-buahan. Serat membantu mengangkut keluar lemak dari badan. Juga bagus jika amalkan minum jus segar buah sebab kaya dengan serat.
- Ambil sarapan kerana sarapan pagi akan menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisma juga akan meningkat untuk membakar kalori yang berlebihan
- Makan dengan bijak. Makan berkualiti bukan kuantiti. Kunci utama ibu berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun adalah ibu perlu menjaga kesihatan tubuh badan. Cuba lebihkan makanan yang berfiber, protein tinggi. Kurangkan pengambilan makanan berminyak dan terlalu manis. Ambil lebih buah-buahan dan sayur-sayuran. Pilihlah ikan dan kurangkan ayam dan daging. Kurangkan mengambil nasi dan ambillah vitamin-vitamin untuk memastikan kualiti nutrisi seharian.
- Bersenamlah selalu. Bersenam akan mengelakkan kita daripada sakit-sakit badan yang lain dan ‘kesan sampingan’nya berat kita akan berkurangan.
Saya Zarinah Nawawi Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu
SMS/Whatsapp 016 831 9506
Emel : zarpyeo@yahoo.com
COD Kawasan Kota Kinabalu, Papar dan Tuaran.
Penghantaran melalui poslaju ke seluruh Malaysia.