Mari sama-sama kita baca dan gunakan tips2 ini untuk berjaya dalam kerjaya kita...
9 TIPS UNTUK BERJAYA DALAM PELBAGAI PEKERJAAN oleh DIYANAH ABDULLAH
9 tips yang sangat berguna untuk anda aplikasikan untuk Berjaya dan memberikan sedikit motivasi kepada diri anda untuk lebih tekun dan success dalam semua kerja yang anda lakukan tidak kira dalam perniagaan atau sebarang pekerjaan yang anda ceburi.
Fikir Positif Untuk Raih KejayaanAnda memerlukan pemikiran ‘’ jika mahu berjaya. Anda perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar daripada orang yang berjaya sebelum anda. Tidak cukup semata-mata anda belajar daripada kesilapan sendiri saja. Dengan cara ini, Kajayaan anda akin tercapai dengan lebih lancar dan mudah.
Sebenarnya, tiada kuasa ajaib untuk menjadi orang yang berjaya. Apa yang anda ‘’ dalam minda adalah apa yang anda jangkakan. Apa yang anda jangkakan pula adalah apa yang bakal anda peroleh. Alat utama untuk mencipta imej baru dan merealisasikannya ialah menerusi proses yang dikenali sebagai membentuk semula. Ia membabitkan perubahan cara anda yang selalunya lebih efektif untuk mempersembahkan pengalaman positif serta menghindarinya daripada pengalaman negatif dan kegagalan. Cara ini boleh membawa anda maju dalam kehidupan dan melaksanakan banyak perkara yang mungkin tidak pernah anda lakukan. Sesungguhnya orang yang enggan mengubah minda adalah orang yang degil dan tidak bernyawa!!!
TIPS 1 - JANGAN STRES!!!!
Stres apabila sesuatu kerja itu tidak dapat diselesaikan, atau risau dengan sesuatu dan banyak lagi faktor-faktor yang mendatangkan kepada stress. Stress ini tidak mendatangkan kebaikan kedalam diri kita. Malah, boleh mendatangkan banyak penyakit dan stress ini tidak mendatangkan kebaikan langsung!
Apabila kita gembira dan senang hati selalu, lebih mudah untuk kita mencapai apa-apa sahaja cita-cita yang kita impikan. Stres ini akan membuatkan diri kita lemah dan malas untuk melakukan semua kerja. Kerja yang kita lakukan akan menjadi huru-hara kerana kita membuat dalam keadaan yang stress. Inilah yang menyebabkan ramai usahawan yang gagal kerana meraka stress apabila melakukan sesuatu kerja itu.
Tips untuk menghilangkan stres : Perbanyakkan doa dan berzikir
TIPS 2 - BERKONGSI IDEA DAN MAKLUMAT
Satu penyakit manusia pada hari ini ialah takut. Takut untuk berkongsi dan memberitahu idea yang mereka miliki. Sebagai contoh, apabila mereka mempunyai satu idea yang hebat, idea tersebut di simpan kerana takut orang lain pula yang dapat idea hebat tersebut.
Sebenarnya, Kalau kita berkongsi idea hebat kita kepada orang lain, kita akan menjadi lebih kreatif untuk berfikir. Secara psikologi, ia memaksa kita mencari idea yang lebih hebat lagi daripada idea asal tadi. Ia juga memaksakan kita mengambil tindakan yang pantas untuk merealisasikan idea tersebut.
Dengan menyimpan sahaja idea yang kita ada, ibarat kita tidak mempunyai apa-apa lagi. Ini hanya menghalang diri kita untuk lebih maju. Bermulalah untuk berkongsi dengan rakan-rakan sebarang idea yang ada supaya dapat mengembangkan lagi minda kita untuk berfikir dengan hebat lagi.
TIPS 3 - KELILINGI DIRI ANDA DENGAN MEREKA YANG HEBAT
Anda ingin menjadi hebat dan berjaya? Caranya ialah anda kelilingi mereka-mereka yang hebat dan pastinya anda juga akan menjadi hebat dan berjaya seperti mereka. Tahukah anda? 85% kejayaan kita bergantung kepada mereka yang berada di sekeliling kita. Oleh itu, kelilingi diri anda dengan mereka yang hebat dan mempunyai visi serta matlamat, maka anda akan menjadi seperti mereka. Beranikan diri untuk meninggalkan kelompok yang lama dan binalah kelompok yang baru yang akan membawa kita lebih maju ke hadapan seterusnya menjadi Berjaya seperti mereka dan bawalah rakan-rakan supaya mereka juga Berjaya bersama.
TIPS 4 - CUBA BENDA BARU
Manusia ini mempunyai satu tabiat yang sering dilakukan iaitu sentiasa mengulangi perkara-perkara yang sama. Mereka takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Cuba kita lakukan sesuatu yang baru dan tidak tertumpu pada satu habit sahaja Sering kali yang dilakukan ialah, apabila mereka sudah berada di tahap yang selesa, mereka akan ‘’ sahaja disitu dan terus melakukan perkara yang sama. Kerana mereka sudah merasakan diri mereka di tahap yang selesa dan tidak mahu melakukan perkara lain yang baru. Mereka takut akan kegagalan apabila mencuba sesuatu yang bukan bidang mereka. Sikap ini lah yang menyebabkan seseorang itu tidak maju dan terus ketinggalan. Tidak salah untuk mencuba sesuatu kerana ini akan membuat minda kita untuk mencuba sesuatu di luar zon selesa kita. Keluar dari zon selesa ialah antara langkah-langkah awal untuk mencapai kejayaan yang lebih hebat.
TIPS 5 - KEKALKAN MOTIVASI DIRI.
Kebiasaanya, anda akan merasa tahap untuk memotivasikan diri sangat tinggi. Anda akan rasa motivasi itu sangat penting untuk diri setiap individu. Tetapi percayakah anda, motivasi diri ini akan hilang lama-kelamaan. Bagaimanakah caranya untuk anda kekalkan motivasi di dalam diri anda? Jawapannya ialah kekalkan momentum anda. Kekalkan momentum dan usaha anda yang sedang berkobar-kobar itu. Jika anda sedang berkobar-kobar untuk melakukan sesuatu pekerjaan itu, jangan berhenti sehingga 2 atau 3 hari kerana momentum anda akan berkurang. Motivasi diri anda juga akan berkurang dan akhirnya semuanya akan menjadi sia-sia sahaja. Oleh itu, sentiasalah memikirkan tentang kerja yang dilakukan itu supaya momentum anda terus kekal dan tidak berkurangan.
TIPS 6 - KURANGKAN RASA MALU.
Sifat pemalu kadang-kadang dapat menghambat kegiatan anda. Rasa malu yang berlebihan seringkali membuat anda menjadi tidak berani menampilkan potensi yang sebenarnya. Berikut adalah tips untuk mengurangkan perasaan malu anda.
- Cari penyebab malu anda.
- Lawan rasa malu anda dengan bersikap lebih santai. Rasa malu yang berlebihan akan membuat anda gugup dan membuat anda kelihatan pelik.
- Usahakan untuk melakukan ‘ contact’ dengan rakan yang sedang bersembang dengan anda. Jangan sampai rasa malu membuat anda kelihatan sombong atau tidak menghormati orang yang sedang bercakap dengan anda.
- Jangan takut pada cacian orang. Jika awal-awal anda sudah kalah, maka diri anda akan terus mundur dan perasaan malu itu akan terus berada dalam diri anda.
- Berlakon macam anda tidak malu. Orang ramai sebenarnya tidak tahu yang anda malu. Oleh itu, tidak perlu tunjukkan yang anda pemalu.Anda akan mendapati dalam sedang berlakon itu, perasaan malu akan hilang tiba-tiba!
TIPS 7 - MENULIS MATLAMAT
Setiap individu mempunyai matlamat. Matlamat untuk berjaya, dan mencapai kejayaan. Tetapi kalau sekadar hanya mempunyai matlamat tidak mencukupi kerana ia ibarat angan-angan kosong. Dengan dengan menulis matlamat, ia akan menjadi sesuatu yang boleh dilihat dan dipegang. Dengan menulis matlamat, ia akan masuk ke dalam minda anda(separuh sedar) dan akan diproses untuk mencari peluang-peluang mencapai matlamat tersebut. Tetapi, tidak cukup hanya menulis sekali sahaja matlamat anda itu. Anda harus menulisnya berkali-kali sehingga ia memberi pulangan kepada anda. Sekiranya anda menulisnya berulang-ulang kali, ini akan menggandakan peluang anda untuk mencapai matlamat tersebut.
Kajian mengatakan bahawa 98% orang tidak menulis matlamat!
Kerana?
- mereka tidak tahu cara untuk menetapkan matlamat tersebut kerana tidak pernah didedahkan dengan perkara berkenaan..
- Tidak percaya dengan menulis matlamat, ianya memberikan faedah. Kebanyakannya mengatakan bahawa sudah cukup untuk berfikir sahaja matlamat itu tanpa menulisnya. Itu salah!
- Takut menetapkan matlamat dan menulis matlamat kerana takut tidak tercapai.
TIPS 8 - JANGAN SOMBONG BERTANYA
Sesetengah individu yang sudah berada di tahap yang selesa dan hebat, mereka malu untuk bertanya kerana risau kredibiliti mereka akan jatuh. Walau di tahap mana pun anda, tahap mana pun kepakaran anda, anda masih perlu untuk menuntut ilmu. Cara termudah untuk mendapatkan ilmu adalah dengan bertanya! Dengan bertanya, ia boleh memudahkan pembelajaran kerana anda akan mendapat jawapan yang tepat dalam masa yang singkat dengan apa yang kita cari dan inginkan. Terdapat juga individu yang merasakan dirinya amat rendah dan malu untuk bertanya kerana bimbang soalan yang hendak ditanyakan itu adalah soalan bodoh. Akhirnya, mereka terus menyimpan pertanyaan itu dan semua persoalan tidak terjawab dan akhirnya gagal mencapai cita-cita. Apabila bertanya, kita akan mendapat ilmu dan kembangkannya dan aplikasikan pada diri anda. Jangan malu untuk bertanya kerana malu bertanya, anda yang rugi. Bak kata pepatah, “ malu bertanya, sesat jalan.! “
TIPS 9 - PENGURUSAN MASA.
Pengurusan masa sangatlah penting untuk menjadi seorang yang berjaya. Namun, setiap individu ini terlalu banyak tugasan yang perlu diselesaikan sehingga banyak perkara yang terabai dan sering berkata “ tidak ada masa.” Pengurusan masa itu sangat penting dan salah satu ciri-ciri orang yang berjaya. Dengan ini pengurusan masa hendaklah di ambil kira dalam kehidupan seharian. Yang manakah anda perlu lakukan dahulu? Ramai diantara kita yang suka melakukan tugasan yang kecil dan senang dahulu berbanding dengan kerja yang besar dan susah. Melakukan kerja yang susah dan besar dahulu adalah jalan terbaik. Kerana melakukan kerja yang besar dan susah di awal pagi menjadikan kita lebih bersemangat jika dibandingkan kita melakukan kerja yang susah di waktu tengahari dan petang. Kerja yang susah apabila dilakukan pada waktu petang, menjadikan kita amat malas dan semua kerja yang dilakukan menjadi tidak berkualiti. Jangan membazir masa kerana masa tidak boleh diundur.
PENUTUP
Apa yang perlu anda lakukan adalah berusaha tanpa kenal erti penat lelah.
Usaha , Doa dan Tawakal.. Orang yang Berjaya sanggup melakukan apa sahaja dan sanggup belajar dari kesilapan. Bukan berputus asa apabila menemui kegagalan. “ Sekiranya kita mahu sesuatu, kita sebenarnya ada seribu jalan tetapi seminary kita tak mahu, kita ada sejuta alasan”.
“ RAJIN itu adalah punca segala Kejayaan dan MALAS pula punca segala kegagalan.”
Artikel oleh:
Diyanah Abdullah
Bahagian Pembangunan Organisasi
JPANS
Usaha , Doa dan Tawakal.. Orang yang Berjaya sanggup melakukan apa sahaja dan sanggup belajar dari kesilapan. Bukan berputus asa apabila menemui kegagalan. “ Sekiranya kita mahu sesuatu, kita sebenarnya ada seribu jalan tetapi seminary kita tak mahu, kita ada sejuta alasan”.
“ RAJIN itu adalah punca segala Kejayaan dan MALAS pula punca segala kegagalan.”
Artikel oleh:
Diyanah Abdullah
Bahagian Pembangunan Organisasi
JPANS